Nuffnang

Wednesday 16 November 2011

Nasi Minyak

menu ni pun di buat pada hari raya haji yg lepas...

seblum uols salin resepi, aku nk ucap terima kasih kpd empunya resepi ni...da lupa sape...time kasih bebyk..♥

jom salin resepi


Bahan Utama:- (sukatan utk 5 orang)








3 cawan beras - basuh dan toskan.








3 cawan air










Campuran Minyak:-










Cara A:











1/2 cawan minyak jagung









3 sudu besar marjerin









Cara B:











3/4 cawan minyak jagung










Cara C:







1/2 cawan minyak masak biasa





2 sudu besar marjerin





1 sudu besar minyak sapi





Cara D:







1/2 cawan minyak masak biasa





3 sudu besar minyak sapi





Cara E:











Setengah cawan minyak jagung









3 sudu besar minyak sapi









Bahan Tambahan:-










1 labu bawang besar (dihiris/dimayang)








3 ulas bawang putih (dihiris)









4 cm halia (tumbuk/hiris)









Daun pandan










sedikit kulit kayu manis









buah pelaga










bunga cengkih










bunga lawang










3 sudu kecil garam










3 sudu kecil gula










1 cawan susu cair










Cara Memasak:-










Panaskan kuali, tumis semua bahan dengan minyak pilihan hingga garing. 





Tuangkan tumisan ke dalam periuk elektrik yang telah diisi sukatan air. Masukkan gula dan garam dan biarkan mendidih. 
Masukkan susu dan rasa airnya. (Jangan dibiarkan air mendidih lama sangat). 




Kemudian masukkan beras yang ditoskan tadi. Kacau rata dan tutup periuk. Biarkan nasi tanak seperti biasa. 

Bila nasi sudah mengering, taburlah kismis/kacang gajus goreng. Boleh juga ditaburkan daun sup/daun ketumbar.














Nota: Kalu boleh, nasi ini jangan dikacau banyak kali, cukup 2 kali sahaja - pertama semasa beras baru dituang ke dalam airnya 
dan kedua ketika nasi baru mengering dan tempat tekanan periuk elektrik sudah naik ke atas.















No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...