Nuffnang

Monday 20 May 2013

MY NEW BABY - MUHD ALIFF PUTRA

 Assalammualaikum semua...da lama aku tak bercerita dalam blog aku ni, tapi ni aku nak cerita kisah pengalaman aku melahirkan Permata Hati Kami yg Ke 3 yg diberi nama MUHAMMAD ALIFF PUTRA BIN MUHAMAD JEFFRI.
masa aku ngandungkan Aliff , dia memang so aktif dlm perut aku, sampai aku masuk wad sbb da ade komplikasi nak melahirkan dia..pintu pun da bukak 1cm..hah ko ambik, masa tu baru 35 1/2 week jew..
tapi tak bersalin jugak..cuma doktor cakap baby u aktif sangat,so lepas ni kalau ada lagi simtomp macam ni u terus pergi hospital.
nak dijadikan cerita genap 37 week dia pun buat hal ..heheheh maksudnya tanggal 5/3/13 9am kat opis aku kejadian ni..aku tgh nak fax doc untuk branches..tetiba leaking"air toban" aku kluar dgn jayanya walaupun tak jaya sgt le..dia kluar sikit sikit...berjalan sikit dia kluar... yg kelakar tu,disebabkan aku ni da gab 6thn tak ngandung..jadi kekok le.. sebab abg dan kakaknya dulu tak ada kluar tanda air toban atau pun darah hanya sakit nak bersalin..maka kejadian telah menghuru hara kan keadaan kat opis aku ni, ramai warga kerja yg pompuan la kerumun toilet sbb nak paskan kain batik kat aku... aku plak bule tercengang² lagi tanya kat diorg.."ni da nak bersalin erk?"..sampai ada kakak tu heheh kak rita cakap "aku lempang ko kang,macam x pernah beranak ko kan"..hahhaha pastu aku bule gelak lagi...tp yg paling best diorg yg risau kan aku, aku pulak bule relaks..hehheheh anyway tq uols (kak liza/kak ainon/kak rita bg pinjam kain batik/kak su/kak ina/kak zana/kak sal) sbb byk membantu time tu..so dlm masa 15-20 minit cik somi pun sampai maka kami pun bergegas ke spital ampang,memang kali ni aku nak try spital ampang, sbb dekat dgn kakak² cik somi..
bila sampai kat spital pintu baru bukak 2cm jew..sabo je aku,tapi memang xde rase sakit pun, .... sampai le aku di masukkan ke wad.. bila masuk wad..pad yg aku pki sentiasa kene tunjuk kat nurse sbb nak tgk ade jangkitan x... tapi pintu masih 2cm gak..adoi ....
sampai pukul 10pm cik somi paskan air yg mak aku bagi..hahhh masa ni aku da start je minum..dalam pukul 3am aku da start sakit yg teramat...dia datang bukan 10 minit sekali..tapi 1minit sekali..hahhh ko ambik tadi nak sgt sakit...yela kalau sampai pagi aku x bukak pintu diorg nak induce aku..oh tidakkkkk...so dlm pkul 8am aku dimasukkan ke labour room... time ni aku memang da sakit sgt...wad check pintu da bukak 6cm tapi sampai kat labour sister cakap baru 4cm, tapi aku da jerit nak teran...

aku: sister,saya da nak teran laaaaaaaa
sister: eh!! mana bule awak baru 4cm je ni...
aku: saya da x tahan..terus aku terannnnn sekuat hati aku...
sister: eh!!! awak ni knp kan saya cakap jgn teran nti kepala baby awak bengkak la...
aku: saya da tahan tp x bule...aku terannnn lagi...
sister: ok awak nak teran sgt kan..ok teran skrg..aku pun teran, ...

akhirnya Aliff kluar..tepat jam 8.14am 6/3/13 ..tp dia kluar flet...x nangis..jenuh nurse n sister tepuk belakang dan sedut..tapi Aliff "0" oksigen, dia dikejarkan ke NICU...
aduh aku terus menerus tanya sister,knp baby aku...sister cakap dia kene send kat NICU utk oksigen..
sedihnya rasa..sbb x dpt nak peluk dia....

bila da ptg aku pun melawat Aliff kat NICU..aduh luluhnya hati aku bile tgk anak yg aku kandung ..penuh wayar sana sini...badan da le kecik..mulut yg kecik dimasukkan tiub oksigen..mase tu air mata aku x bule nak tahan hanya Allah yg tahu betapa aku risaukan keadaan Aliff yg masa tu 100% bantuan oksigen..dan paru² dia dijankiti kuman..Ya Allah besar dugaanmu ..aku redha..tapi ibu mana yg sanggup tgk anaknya dalam keadaan macam tu..aku hanya mampu berbisik dan dpt usap dia je..

ummi: adik,adik kuat kan..adik kene lawan tau..masa dlm perut ummi adik kuat sangat jgn cepat mengalah sayang...ummi,ayah,kakak,abg semua nak adik cepat sembuh...semua org nak tgk adik...

bile aku nak balik ke wad..dia seolah x bagi aku beredar dari situ...Aliff genggam jari kelingking aku kuat sgt...sedehhh sgt masa tu..tapi akhirnya cukup 4 hari dia da berjaya kluar dari area yg penuh wayar² tu... Aliff dipindahkan ke sebelah..dia tak payah pakai wayar lagi dan Aliff da bule bernafas sendiri...alhamdullillah...

so bila Aliff da bule kluar... Aliff akan buat check up every 3month utk check paru² dia... harap Aliff kuat untuk harungi semuanya..ummi dan ayah sentiasa sayang adik...

BARU 5 HARI.....

7 HARI.....

14 HARI...time ni dugaan datang lagi....Aliff kembali ke hospital..sbb kuning yg terlampau,urin dan darah kene ambik... terpaksa admit 3d2n...kesian aliff kene cocok lagi kat tangan..biru² tangan dia...tak tahan tengok keadaan dia.tapi ALiff tetap tenang mungkin sbb dia da lali kot masa kat NICU dicocok sana sini tu sbb dia tenang je...
18 HARI... da kluar spital..yeay...cengkung kn mata dia .tapi keadaan dia masih lemah, kene bagi lebih susu, susu ummi + susu formula sbb Aliff perlukan lebih banyak susu dlmbadan utk hilang kuning dia...
tapi alhamdullillah, Aliff memang yg cukup kuat ummi tau... semangat dia buat ummi yakin yg anak ummi akan sihat sepenuhnya...


dan hari² yg seterusnya...da nampak perubahan..Aliff semakin sihat da aktif...jom tgk gambar² dia kalau x percaya...pipi dia skrg pun da bambam..hehheehhe ...



da pandai senyum....


syonoknye dia dpt tido......





selepas habis pantang...tgk le pipi dia..bambam x?..hehehhehe
so skrg aku da start keje,...boringnye.................



Bingka Labu

BINGKA LABU






















Bahan-bahan











5 biji telur Gred A  




200 ml air




300 ml pati santan (mat guna santan kotak)

200 g tepung gandum



180 g gula halus




1/2 camca teh garam



1 camca teh esen vanilla



450 g labu manis, dikukus hingga lembut dan dilecek halus.







Cara-cara











1. Satukan kesemua bahan dalam satu bekas kecuali labu lecek. Kacau menggunakan wisk hingga sebati dan gula hancur. Tapis adunan.
2. Masukkan labu manis yg telah dilecek halus tadi. Gaul hingga rata.
3. Tuang adunan tadi ke dalam tin bulat berlubang tengah yg telah di sapu mentega dan dialas dasarnya dgn kertas. Sapu juga mentega pada permukaan kertas tadi.
4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 40 minit. Biarkan sejuk sebelum dipotong.














Cara-cara









BLENDER LABU REBUS BERSAMA AIR, GULA, SANTAN,GARAM ESEN VANILA SEHINGGA HALUS, KEMUDIAN MASUKKAN TELUR, TEPUNG dan  BUTTER .. 
BLENDER SEHINGGA SEBATI).. TUANG DALAM LOYANG YG TELAH DI SAPU MINYAK).. TABUR BIJAN







Nota: Saya buat separuh dari resepi ni...







Resepi separuh  saya:









2 biji telur M 



250 ml santan segar



100 g tepung gandum



90 g gula halus




1/4 camca teh garam



1/2 camca teh esen vanilla



250 g labu lecek 




1/2 sudu besar butter

Bijan secukupnya untuk topping




**Terima Kasih kpd Kak Zana dan Mat Gebu kerana resepi yg sedap ni......

Wednesday 5 December 2012

Now - 24weeks

Perkembangan fetus - hamil 24 minggu


uterusparu-parukulittunas rasa Berat bayi anda lebih dari 1.3 paun / 600 gram. Walaupun dia mempunyai hanya sedikit lemak badan dan kulitnya nipis dan mudah pecah, dia sekarang sudah mempunyai bentuk badan yang sempurna. Otaknya tumbuh dengan pantas, dan dia semakin memenuhi ruang dalam rahim anda. Dari mercu kepala ke tumit dia berukuran 11.8 inci / 30 sentimeter. Sekiranya pelahiran anda nampak seakan-akan hendak bermula, sudah pasti pakar obstetrik dan doktor akan melakukan segala-galanya untuk menghentikan perjalanan kelahiran pramatang supaya bayi anda boleh terus-menerus matang.

Anda mungkin kelihatan jalur-jalur merah atau coklat yang malap yang merupakan tanda perut meregang, bergelar stria kehamilan yang terdapat di abdomen, punggung dan payudara anda. Krim tidak boleh menghilangkannya, tetapi, memakai bra yang menyokong boleh menghindarkan atau mengurangkan jalur-jalur ini di payudara anda. Jalur-jalur ini memang terjadi di tahap kehamilan ini - lebih kurang 90 peratus wanita mendapatnya. Sesudah anda melahirkan, pigmen kemerahan atau kecoklatan pada jalur-jalur itu akan mula hilang, dan menjadi lebih pudar dari di kulit kelilingnya.

Juga, mata anda akan menjadi sensitif kepada cahaya dan akan terasa kering dan seakan-akan berpasir. Ini merupakan simptom kehamilan yang biasa bergelar 'mata kering'. Untuk meredakan ketidakselesaan anda, gunakanlah larutan 'airmata tiruan' untuk menambahkan kelembapan.

Diet yang sihat adalah penting pada tahap kehamilan ini, jadi lawatilah bahagian makan sempurna kami di minggu 25-28.

• Nota: Pakar-pakar menyatakan bahawa setiap bayi berkembang secara berlainan - walaupun semasa dalam kandungan. Muka surat-muka surat di bahagian ini disediakan untuk memberi maklumat umum mengenai perkembangan fetus dalam rahim.


Hamil 23 minggu
Hamil 25 minggu

Berhenti Seketika

Sejak aku baru sihat dan tengah mengandung ni, ramai gak yang bertanya .... ko da tak berniaga lagi ke?
adoiiii dalam kepala hotak dok pikir apa benda yang aku berniaga ni..hahhaha #lempanglaju²

sebenarnya aku tak la berniaga apa pun, kecik kecik je,malu nak cerita... kuih muih itu je, kalau ada pun kek.. itu pun tak banyak.Yang sebenarnya aku ni suka masak benda yang aku suka,bila bagi kawan² makan/rasa ramai yang suggest suruh jual, itu yang terus jadi bidang terjun papan anjal tu...

aku rasa aku akan mula aktif balik bila da beranak nanti kot, itu pun tengok keadaan dulu ye.
mak jemah ni ikut mood gak, mood tu datang dan pergi sesuka hati je...huhuhuh sorry la ye, aku ni memang camni,bila time rajin..ooo begitu punya rajin aku ni, kalau time penyakit "M" menyerang...hahhhh korang sendiri tahu la kan..usah korang pelik pulak.

okla ...nanti kalau datang idea mengarang lagi aku posted lagi wokeyyyy


Tuesday 20 November 2012

lelaki kuat bebel... bule?

salam semua..
aku nak cerita ni, aku da tak tahan tahap gaban dengan 1 lelaki hamboi..lelaki ke...? adoiii
mamat ni dia punya bebel mengalahkan perempuan ko tau...coiii
hari ni dia da start kerja sebab baru blk dari celebrate deepavali..huhuhuhu seminggu aku aman tijah..aman seaman amannya hidup aku.
malang nasib aku sebilik dengan orang macam ni.actually kami bertiga, 2 lelaki 1 perempuan, perempuan tu aku le..hahahhaah
masalahnya yang seorang ni jenis kuat bebel tahap dewa.jangan la korang start borak dengan dia, habis la 1 dunia punya cerita dia cerita..pastu cerita yang sama pasal dia...bab ni yang paling aku dan sorg lagi tak tahan. ko nak cerita sampai 1000x pe kes... aku da naik muak la bai.
aku panggil mamat ni RADIO TANPA CHANNEL.... hahhaha
aku malas nak layan, tapi kekadang tu da melampaui batas tahap bebelnya korang tau tak...sampai tahap nak menguap pun buat bunyi dengan kuat...dia bersiul...buat bunyi mengerang la... nak telan air liur pun buat bunyi.... ko boleh tahan?... mamat ni akan buat camtu kalau takde topik nak bebel atau nak bercerita...
dia akan buat bunyi bunyi asing...bergendang la...adooiiiiiiii
kekadang aku terpikir gak,... napa la aku takde kuasa VITO untuk menyahhhhkan mamat poyo ni dari bilik aku niiiii...napaaaaa...bantu la aku...........


Monday 19 November 2012

KISAH CERITA AKU 2012

salam semua...
aku sebenarnya banyak cerita nak cerita dgn korang semua, sampi tak tahu nak cerita yang mana dulu.mungkin ada yang tahu kenapa dan mengapa aku jarang dan dah lama tak upload kat blog aku yang comel ni heheheh comel ke?..hhahahahah start Januari aku memang tak upload langsung,kepada yang tak tahu langsung mari aku ceritakan.
JANUARY
bermulalah kisah hitam lagi kabur bagi diri aku.pada tanggal 5/1/2012 aku di timpa kemalangan yang tak diduga..huhuhu sedih o0o0o0o0 kemalangan diri sendiri. cerita bermula macam ni
macam biasa aku bersiap nak pergi hantar anak aku masuk hari ke 2 ke sekolah, dalam aku nak ke kereta tu aku boleh terjatuh...GEDEBUK mcm nangka busuk daaa...adoiii sakit gila ko tau jahhh...dlm kira 1kaki punya ketinggian aku boleh terjatuh dan percaya atau tak...buku lali aku patah belah kanan...Ya Allah..hanya Allah yang tahu bertapa sakitnya aku masa tu....
nasib baik encik suami ada terus papah aku ke dlm kereta terus pergi Hospital Klang... dalam kepala otak aku takde lain la.."abis la aku"....macam² bermain dlm kepala otak aku ni...
aku duduk kat hospital 12hari ... perghhhh lama gila kan... tapi aku paling kesian dgn encik suami..setiap hari berkejar² datang kat hospital untuk mandi dan siapkan aku...sedih campur terharu... campur macam² la... aku hanya mampu cakap terima kasih je time tu...
3 kali operation aku kene tangguh sebab ramai sgt yg emergency kes...eksiden punye kes le..so kaki aku ni pun tak jadi operate... sampai masa kaki aku dimasukkan ALOY dan 8 skruw..huhuhuhu dan kaki ku berbalut dgn fiber bukan simen sbb aku tak nak simen nanti berat...
FEBRUARY
bulan ni adalah bulan yang mengembirakan aku walaupun aku masih dalam keadaan MC.
aku hamil... suka suka.... tapi ngandung yang ni aku mabuk teruk. tak kira time aku punya muntah tu adoiiii
sampai letih dibuatnya...
paling best sekali aku tak suka masak, adakah baby boy?...
biar jadi tekateki ok..hhehehe
MARCH
mcm biasa duduk rumah goyang kaki yang tak patah ni, fiber kat kaki pun da bukak... jahit pun da bukak.. jadi tak la leceh sangat, pergerakan masih mengunakan tongkat...susahnya rasa dalam keadaan ngandung pakai tongkat..memang mencabar aku....ari ari selalu sakit...
APRIL
bulan yang paling menduga aku sebagai seorang ibu... pada 24/4/12 kandungan aku gugur...yang paling sedeh sekali,jantina anak aku adalah lelaki...YaAllah besar betul dugaan mu keatas diriku 1 keluarga...
takde apa yg salah aku makan,..jatuh pun tak...doktor kata mungkin disebabkan aku pakai tongkat jadi kantung dia duduk dalam keadaan kurang selamat.
aku telah menamakan baby ku Muhammad Aliff Putra... ummi n ayah tetap syg adik...
dlm pada tu 24/4/12 adalah date yang same aku kene kluarkan 1 skruw utk aku mula berjalan, korang bayangkan..subuh aku keguguran petangnya pulak nak kene operate kluarkan 1 skruw...nasib baik takde apa² ...alhamdullillah...
MAY
yeayyyyy............. aku mula kerja.... rindunya nak kerja jumpa budak² yang gila gila kat workshop..hhahahah team aku memang hapening....
hari pertama sampai ke hari ke sepuluh aku mengunakan tongkat....dan hari seterusnya aku da tak guna lagi..alhamdullillah...
JUNE
seperti biasa ...kerja,balik kerja dan mula buat benda² macam dulu....
JULY
pun mcm biasa ...tak ada yang lain ....sama jew..hheheh
AUGUST
hah bulan ni suprise...hheheheheh
aku disahkan mengandung balik...hah betul ke?...alhamdullillah..bermakna memang "DIA" nak bagi gak rezki kat aku sekeluarga....amin
ini lah berita yang aku suka...insyaAllah kali ni aku akan lebih berhati hati.
SEPTEMBER
aku x kuat mabuk sangat hanya muntah time pepagi nak mandi tu je...
OCTOBER
aku mula checkup dan scan baby...happy nye.... baby aktif...dan sihat..alhamdullillah....
kaki aku pun da pulih dan tak payah jumpa doktor lagi....jalan pun da macam biasa...
NOVEMBER
hah...bulan ni bulan abis lagi erk...so takde apa nak citer sangat la... cuma da start cuti sekolah ni banyak la kenduri kawin sana sini.....

SEKIAN CERITA AKU.




GULAI LEMAK PISANG MUDA


ni la menu yang aku idamkan...tapi malang betul nasib aku ni, tak berjaya mendapatkan pisang muda..dapat pisang yang tak berapa nak muda la pulak...sian aku..
tapi aku peduli apa, janji tekak aku berjaya menelan ini lauk...
layannnnn................
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...