Nuffnang

Wednesday 5 December 2012

Now - 24weeks

Perkembangan fetus - hamil 24 minggu


uterusparu-parukulittunas rasa Berat bayi anda lebih dari 1.3 paun / 600 gram. Walaupun dia mempunyai hanya sedikit lemak badan dan kulitnya nipis dan mudah pecah, dia sekarang sudah mempunyai bentuk badan yang sempurna. Otaknya tumbuh dengan pantas, dan dia semakin memenuhi ruang dalam rahim anda. Dari mercu kepala ke tumit dia berukuran 11.8 inci / 30 sentimeter. Sekiranya pelahiran anda nampak seakan-akan hendak bermula, sudah pasti pakar obstetrik dan doktor akan melakukan segala-galanya untuk menghentikan perjalanan kelahiran pramatang supaya bayi anda boleh terus-menerus matang.

Anda mungkin kelihatan jalur-jalur merah atau coklat yang malap yang merupakan tanda perut meregang, bergelar stria kehamilan yang terdapat di abdomen, punggung dan payudara anda. Krim tidak boleh menghilangkannya, tetapi, memakai bra yang menyokong boleh menghindarkan atau mengurangkan jalur-jalur ini di payudara anda. Jalur-jalur ini memang terjadi di tahap kehamilan ini - lebih kurang 90 peratus wanita mendapatnya. Sesudah anda melahirkan, pigmen kemerahan atau kecoklatan pada jalur-jalur itu akan mula hilang, dan menjadi lebih pudar dari di kulit kelilingnya.

Juga, mata anda akan menjadi sensitif kepada cahaya dan akan terasa kering dan seakan-akan berpasir. Ini merupakan simptom kehamilan yang biasa bergelar 'mata kering'. Untuk meredakan ketidakselesaan anda, gunakanlah larutan 'airmata tiruan' untuk menambahkan kelembapan.

Diet yang sihat adalah penting pada tahap kehamilan ini, jadi lawatilah bahagian makan sempurna kami di minggu 25-28.

• Nota: Pakar-pakar menyatakan bahawa setiap bayi berkembang secara berlainan - walaupun semasa dalam kandungan. Muka surat-muka surat di bahagian ini disediakan untuk memberi maklumat umum mengenai perkembangan fetus dalam rahim.


Hamil 23 minggu
Hamil 25 minggu

Berhenti Seketika

Sejak aku baru sihat dan tengah mengandung ni, ramai gak yang bertanya .... ko da tak berniaga lagi ke?
adoiiii dalam kepala hotak dok pikir apa benda yang aku berniaga ni..hahhaha #lempanglaju²

sebenarnya aku tak la berniaga apa pun, kecik kecik je,malu nak cerita... kuih muih itu je, kalau ada pun kek.. itu pun tak banyak.Yang sebenarnya aku ni suka masak benda yang aku suka,bila bagi kawan² makan/rasa ramai yang suggest suruh jual, itu yang terus jadi bidang terjun papan anjal tu...

aku rasa aku akan mula aktif balik bila da beranak nanti kot, itu pun tengok keadaan dulu ye.
mak jemah ni ikut mood gak, mood tu datang dan pergi sesuka hati je...huhuhuh sorry la ye, aku ni memang camni,bila time rajin..ooo begitu punya rajin aku ni, kalau time penyakit "M" menyerang...hahhhh korang sendiri tahu la kan..usah korang pelik pulak.

okla ...nanti kalau datang idea mengarang lagi aku posted lagi wokeyyyy


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...