Nuffnang

Monday 20 May 2013

Bingka Labu

BINGKA LABU






















Bahan-bahan











5 biji telur Gred A  




200 ml air




300 ml pati santan (mat guna santan kotak)

200 g tepung gandum



180 g gula halus




1/2 camca teh garam



1 camca teh esen vanilla



450 g labu manis, dikukus hingga lembut dan dilecek halus.







Cara-cara











1. Satukan kesemua bahan dalam satu bekas kecuali labu lecek. Kacau menggunakan wisk hingga sebati dan gula hancur. Tapis adunan.
2. Masukkan labu manis yg telah dilecek halus tadi. Gaul hingga rata.
3. Tuang adunan tadi ke dalam tin bulat berlubang tengah yg telah di sapu mentega dan dialas dasarnya dgn kertas. Sapu juga mentega pada permukaan kertas tadi.
4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 40 minit. Biarkan sejuk sebelum dipotong.














Cara-cara









BLENDER LABU REBUS BERSAMA AIR, GULA, SANTAN,GARAM ESEN VANILA SEHINGGA HALUS, KEMUDIAN MASUKKAN TELUR, TEPUNG dan  BUTTER .. 
BLENDER SEHINGGA SEBATI).. TUANG DALAM LOYANG YG TELAH DI SAPU MINYAK).. TABUR BIJAN







Nota: Saya buat separuh dari resepi ni...







Resepi separuh  saya:









2 biji telur M 



250 ml santan segar



100 g tepung gandum



90 g gula halus




1/4 camca teh garam



1/2 camca teh esen vanilla



250 g labu lecek 




1/2 sudu besar butter

Bijan secukupnya untuk topping




**Terima Kasih kpd Kak Zana dan Mat Gebu kerana resepi yg sedap ni......

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...