Nuffnang

Wednesday 20 July 2011

Nasi Lemak Hujan Panas

oleh kerana permintaan si anak gadis ku "puteri"... dia mahu nasi lemak la plak hari minggu lepas, so dengan rasa ingin mencuba nasi lemak hujan panas...ermmm memang terbaik....

heheheh... tak sempat nak goreng ikan bilis dan kacang, disebab kan kat rumah aku ni tak suka makan nasi lemak letak kacang goreng ...tu yang tak jadi nak goreng..makanya terlupa terus nak goreng ikan bilis...adoiiii...tapi habis jugak....jemput semua...


BAHAN UNTUK NASI:
2 pot beras
100ml santan kotak
air ikut sukatan
serai/daun pandan
halia
3 pewarna (hijau/merah/kunig) - ikut suka.

CARA:
1) basuh beras macam biasa
2) masukkan santan dan air beserta halia/serai/pandan/sedikit garam digaul dulu sebelum letak di rice cooker.
3) sentiasa kacau nasi supaya santan mesra dgn nasi.
4) bila nasi sudah mula kering, buatkan 3 lubang kecik yang berlainan dan titik kan warna pada setiap lubang (1 lubang 1 warna) **JGN TERUS GAUL NASI **
5) bila nasi sudah masak,tutup kan api dan baru mula gaulkan nasi lemak tadi.

SELAMAT MENCUBA.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...