biasala, bab² mee ni memang tak banyak bahan aku letak....klu banyak ada yang dok pilih sampai tak nak makan, jd aku buat se simple nye la...
bahan:
1 bungkus Kuey Teow
1 ikat daun kucai
2 genggam taugeh
1 buku tauhu
2 biji telur
1 bungkus fishball
2 sb cili kisar
3 biji bwg merah * dikisar
1 biji bwg putih *dikisar
cara:
1) tumiskan bwg merah / bwg putih sehingga naik bau kemudian masuk kan cili kisar kacau sehingga garing
2) masukkan fishball dan juga telur kacau bagi merata kan telur,kemudian renjiskan sedikit kicap dan juga sos tiram.
3) kemudian masukkn kueyteow / tauhu- kacau sehingga sebati semuanya.
4) masukkan kucai dan tauge, kacau lagi sehingga sebati...boleh la masukkan garam secukup rasa
5) sedia untuk dihidangkan.
No comments:
Post a Comment