Bahan-bahan ( saiz:16 cm ) | |||||||
400cc(400ml) susu segar/susu cair | |||||||
5 sudu besar gula halus | |||||||
3 biji telur- pada suhu bilik | |||||||
2 biji telur kuning-pada suhu bilik | |||||||
2-3 titik esen vanila | |||||||
5 sudu besar gula | |||||||
2 sudu besar air | |||||||
Cara-cara | |||||||
1. Sediakan karamel: Masukkan gula ke dalam periuk dengan 1 sudu besar air. Masak di atas api sederhana. Bila nampak sedikit perang, masukkan 1 sudu lagi air. | |||||||
Masaklah sehingga perang. Tuang ke dalam loyang. Ketepikan. | |||||||
2. Masukkan telur dan kuning telur ke dalam mangkuk. Sambil dikacau masukkan gula sedikit demi sedikit. Kacau dengan perlahan sehingga sebati. Jangan biarkan berbuih. | |||||||
3. Dalam periuk lain masukkan susu dan esen vanila. Panaskan sehingga 60 degree. Jangan sampai mendidih. | |||||||
4. Dengan susu yang masih panas lagi, masukkan sikit demi sedikit susu ke dalam telur tadi. Kacau sehingga sebati. Tuang ke dalam loyang yang ada karamel tadi. | |||||||
5. Tutupkan loyang dengan 2 lapis aluminium foil. Kukus dengan api sederhana selama 30 minit | |||||||
6. Atau boleh juga dibakar di dalam oven. Tapi perlulah diletakkkan air suam ke dalam dulang pembakar. Bakar selama 40-45 minit pada suhu 150 degree. | |||||||
7. Bila dah masak. Jangan buka aluminium foil. Biarkan 5 minit. Kemudian bolehlah dibuka. | |||||||
8. Bila sejuk bolehlah disimpan dalam peti ais | |||||||
Nuffnang
Thursday, 25 August 2011
Puding Caramel
ni nak citer ni..aku memang suke tul puding ni...tp da 4thn x buat...tetiba terindu lak.....ce tgk....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment